
Berita
KBS kenal pasti lokasi velodrom
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) masih mengenal pasti lokasi sesuai bagi membangunkan velodrom terbuka yang mudah diakses sebagai kegunaan awam untuk pelaburan jangka panjang pembangunan bakat muda di Malaysia. Menterinya, Hannah Yeoh berkata ini kerana sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara.