Berita

Urban farming galak budaya pemakanan sihat

KEWUJUDAN komuniti urban farming di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dilihat dapat memupuk dan mengalakkan budaya pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak. Menurut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail idea untuk mewujudkan komuniti urban farming itu telah lama diusulkan.