
Serangan zionis: Malaysia mahu UNSC ambil tindakan segera, tegas
MALAYSIA menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera, tegas dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman yang bernaung di bawah badan dunia itu. Ia susulan serangan rejim zionis di Sidon, selatan Lubnan, kelmarin, yang mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT)