
Berita
SKM santuni 466 petugas barisan hadapan
SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan Fakulti Perubatan, Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor bagi menghargai pengorbanan mereka yang tidak dapat pulang ke kampung ketika sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H baru-baru ini. SKM dalam kenyataannya berkata sumbangan tersebut telah diserahkan kepada 466 orang wakil-wakil petugas