
Berita
Tun Daim didakwa tidak isytihar harta libatkan 38 syarikat, 25 unit hartanah, kereta mewah
BEKAS Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin