
Berita
90 pokok berisiko tinggi sedang ditebang dan dijangka selesai seawal Julai
PROSES penebangan 90 pokok berisiko tinggi yang disyorkan untuk ditebang di sekitar Kuala Lumpur sedang dijalankan dan dijangka selesai seawal Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini, beliau berkata sebanyak 240 pokok turut dalam proses penilaian tahap risiko