
Berita
Tayar celup: Tiga standard mandatori dikuatkuasakan JPJ
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ini menguatkuasakan tiga standard mandatori bagi memastikan kenderaan perdagangan hanya menggunakan tayar celup yang mematuhi standard ditetapkan. Kementerian Pengangkutan (MoT) memberitahu, berdasarkan kepada ketetapan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959, tayar celup yang mempunyai persijilan pematuhan standard mandatori sahaja dibenar untuk digunakan