
Empat anggota polis ditahan disyaki terlibat pemerasan
EMPAT anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di depan Kompleks Pangsapuri di Kepong di sini pada Khamis lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dalam kenyataan hari ini berkata kesemua yang ditahan itu berumur lingkungan 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.