
Jemaah haji diingatkan jaga kebersihan, angkat imej baik negara
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyeru jemaah haji tahun ini supaya mengamalkan sifat menjaga kebersihan tidak kira di mana berada terutama ketika Masyair agar terus mengangkat imej baik negara. Syed Saleh menyifatkan kebersihan maktab turut mencerminkan kemabruran haji seseorang sebagai tetamu Allah selain