
SUKMA 2024: WP unggul di kolam renang
KONTINJEN Wilayah Persekutuan berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam acara renang pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 bagi dua edisi berturut-turut. Dalam edisi kali ini, Wilayah Persekutuan berjaya meraih 16 pingat emas, lapan perak dan tujuh gangsa di mana rekod tersebut lebih baik berbanding temasya lalu iaitu 11 pingat