
10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga
10 kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga 6 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menurut makluman jabatan itu di Facebook hari ini, sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar,