Berita

SPM 2023: 11,713 calon peroleh semua A

SERAMAI 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya. Beliau berkata nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian