Berita

Pertukaran guru SJKC di Pasir Gudang ditangguh

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan keputusan pertukaran guru-guru dari 12 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pasir Gudang, Johor yang sepatutnya mengajar di sekolah lain. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keputusan penangguhan itu sehingga proses-proses berkait rapat tentang pembelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah terlibat dapat diteruskan dan akan