Berita

Calon tidak hadir SPM: KPM laksanakan pengesanan awal pelajar berisiko cicir

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) melaksanakan pengesanan awal dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 yang berisiko cicir bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut kementerian itu, pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian. “Bagi calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM 2024, KPM