
Dua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai
DUA anggota polis peronda yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View di sini, kini ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu. “Ya, kedua-dua mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan,”