Berita

Hargai seni pentas

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kekal teguh dengan misinya untuk memelihara dan mempromosikan seni, budaya dan warisan Malaysia. Justeru sebagai sebahagian daripada Sambutan Jubli Mutiara Ulang Tahun Aswara Ke-30, ASWARA mempersembahkan kebangkitan semula Sakti Merong Mahawangsa, sebuah epik legenda yang menjanjikan sejarah baharu dalam dunia seni teater Malaysia.