
Berita
Bersekongkol dengan Kumpulan Sulu ganggu-gugat kedaulatan negara, jenayah berat – Peguam
PERBUATAN mengganggu-gugat kedaulatan dan keselamatan negara dengan bersekongkol dengan penuntut Kumpulan Sulu merupakan jenayah berat, kata pengamal undang-undang. Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata hukuman setimpal wajar dikenakan ke atas individu yang melakukan jenayah ini. “Mana-mana pihak yang membantu penuntut Kumpulan Sulu adalah sabotaj kepada keselamatan negara. Tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan undang-undang negara,”