
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
MESYUARAT Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas yang menyaksikan 17 rang undang-undang diluluskan. Sepanjang persidangan itu, Dewan Negara meluluskan antaranya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024,