Berita

Rizab antarabangsa BNM meningkat pada Julai 2024

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$114.7 bilion setakat 31 Julai, 2024 daripada US$113.82 bilion (US$1=RM4.47) dicatatkan pada 28 Jun, 2024. BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.