Berita

Berkonsepkan edutainment, Wetlands Studios Putrajaya dibuka 25 Mei ini

TAMAN tema berkonsepkan edutainment, Wetland Studios Putrajaya yang akan dibuka pada 25 Mei ini dijangka menjadi daya tarikan pelancongan terbaharu kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak. Dahulunya taman tema ini dikenali sebagai Pusat Penghayatan Alam (NIC) Taman Wetland setelah ia beroperasi selama 10 tahun, kemudian ditambah baik dengan memperkenalkannya sebagai Wetlands Studios.