
Berita
Pelan strategik Putrajaya Sihat Sejahtera lahir pekerja produktif
MESYUARAT Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024 pada Selasa meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai satu daripada inisiatif di bawah ANMS. Pelan itu bertujuan menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya mereka dapat berfungsi secara produktif bagi membangunkan negara