
Berita
APM sasar 10,000 penjawat awam sertai PSPA tahun ini
ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) menyasarkan 10,000 penjawat awam menyertai Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) tahun ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Abdul Wahab Rahim. Abdul Wahab berkata pasukan itu setakat ini telah menerima penyertaan seramai 2,000 sukarelawan dan mereka telah selesai mengikuti Kursus Asas Sukarelawan Penjawat Awam di bawah