Berita

Piala AFF: Malaysia tewaskan Singapura 4-1, layak ke separuh akhir

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh tradisinya Singapura, selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 pada perlawanan penentuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam ini. Kemenangan di hadapan 65,147 penonton di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya memintas Singapura untuk muncul naib juara kumpulan,