
Berita
Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa – Saifuddin Nasution
PENGANJUR “Himpunan Selamatkan Rakyat” tidak perlu memainkan naratif seolah-olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata menerusi akta berkenaan penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal