Berita

Cubaan pembunuhan karakter semakin berleluasa: Sultan Selangor

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter atau ‘character assassination’ yang semakin berleluasa dengan niat untuk memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu. Titah baginda, lazimnya ‘character assassination’ hanya berlaku di musim pilihan raya, namun kini ia digunakan untuk memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu terbabit.