Berita

PM terima baik permohonan maaf Najib atas kecurangan 1MDB

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf secara terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Terima baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau makan tengah hari di D’ Laila Kitchen, Medan Selera dan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16.