
Berita
DBKL arah baik pulih penutup lurang tidak memuaskan
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan syarikat telco yang terbabit untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih penutup lurang yang tular tidak memuaskan. Menurut DBKL arahan itu dibuat supaya baik pulih dilakukan dengan kadar segera. “Kerja-kerja menurap telah siap sepenuhnya. “Terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat kepada DBKL,”