Agama

Fardu kifayah pengurusan jenazah berdepan cabaran dunia moden

PENGURUSAN jenazah atau mayat merupakan satu kewajipan bagi orang yang hidup terhadap yang telah meninggal dunia. Dalam Islam, pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah dan wajib disempurnakan sebelum jenazah itu dikebumikan. Bahkan dalam agama lain sekalipun, pengurusan jenazah adalah sebagai penghormatan terakhir bagi orang yang hidup kepada orang yang telah mati.