Berita

Kerjasama Malaysia, Arab Saudi tingkat pengurusan haji

KERAJAAN Malaysia menandatangani Memorandum Urusan Haji bersama pihak Kerajaan Arab Saudi bagi memperkukuh kerjasama strategik kedua-dua pihak terutama dalam pengurusan haji untuk musim 1446H/2025M. Memorandum berkenaan ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mewakili Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi diwakili Menteri Haji dan