Berita

Perkukuh penguatkuasaan, akta dan pemantauan tangani lambakan warga asing – Pakar

MUTAKHIR ini, serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan tumpuan warga asing, dalam usaha menangani kegiatan golongan itu yang dilihat semakin berleluasa dan meresahkan warga tempatan. Mereka yang tidak mempunyai dokumen sah ditangkap dan dibawa ke depoh tahanan bagi menjalani proses seterusnya. Namun ibarat patah tumbuh hilang berganti, di mata kasar masyarakat, bilangan