
Berita
Penerokaan minyak akan diteruskan dalam kawasan wilayah Malaysia – PM Anwar
MALAYSIA akan meneruskan penerokaan minyak di dalam kawasan wilayahnya walaupun terdapat permintaan China untuk menghentikan serta-merta aktiviti di perairan Sarawak itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata beliau pasti bahawa penerokaan minyak yang dilakukan oleh Malaysia berada di dalam perairan negara, tetapi akan menjelaskan kedudukannya kepada China.