
Berita
Tukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) secara digital mulai esok
PERTUKARAN Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilakukan secara digital melalui aplikasi MyJPJ bermula esok. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli, pengenalan fungsi baharu itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.