
Sabah, Sarawak turut terkesan kekurangan bekalan telur ayam
ISU kekurangan bekalan telur ayam di pasaran bukan sahaja membelenggu pengguna di Semenanjung, malah turut menjejaskan keperluan rakyat di Sabah dan Sarawak terutama menjelang sambutan Krismas minggu depan. Di SABAH, tinjauan Bernama mendapati kekurangan bekalan telur ayam memberi kesan kepada persiapan menyambut perayaan itu terutama dalam kalangan pengusaha kedai kek dan kuih-muih. Rata-rata pengguna ditemui di sekitar Kota