Berita

MyInvois dilancarkan perkukuh percukaian negara

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat. MyInvois akan dilaksanakan mulai esok (1 Ogos). LHDN dalam satu kenyataan berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat