
Muhyiddin rakam ucapan selamat maju jaya kepada calon SPM
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, yang bermula esok. Menerusi catatan di laman Facebook beliau, Muhyiddin turut mendoakan semua calon peperiksaan diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan.