
MITRA kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, PM tetap pantau
UNIT Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.