
JWP teroka bentuk kerjasama baharu basmi kemiskinan tegar
JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama baharu yang boleh diwujudkan bagi membantu jabatan membasmi kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, ini bersesuaian dengan pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach) yang digariskan kerajaan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI. Menurutnya, JWP