
Berita
Menteri Undang-Undang tidak anggotai Lembaga Pengampunan – BHEUU
BAHAGIAN Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) tidak menganggotai Lembaga Pengampunan. Penegasan itu sebagai menjawab isu dibangkitkan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat hari ini.