
Martabat bahasa Melayu di media sosial
MALAYSIA, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa, menghadapi cabaran yang semakin ketara, iaitu kemerosotan taraf penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan, semakin terpinggir dalam kehidupan harian, terutamanya dalam kalangan golongan muda, lagi-lagi mereka yang menetap di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.