Berita

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 11 Mac ini

SIJIL Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2023 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 11 Mac ini dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2023 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 19 Januari lepas.