
Berita
Jualan kenderaan baharu naik 21 peratus pada April 2024 – MAA
JUALAN kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Persatuan itu berkata bagaimanapun jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) turun 18 peratus lebih rendah berbanding TIV Mac 2024 sebanyak 71,052 unit. “April adalah