Berita

Lori kontena, treler penyumbang tertinggi kes kemalangan jalan raya

KENDERAAN berat khususnya lori kontena dan treler antara penyumbang tertinggi bagi kes-kes kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan berdasarkan statistik Januari sehingga September lalu. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 168 kes kemalangan direkodkan dengan 97 kes maut, 32