
Integriti nadi utama pastikan Malaysia hebat di persada dunia – KSN
AMALAN integriti dalam kalangan rakyat dilihat sebagai nadi atau asas utama dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Perpaduan menjadikan Malaysia lebih hebat di persada dunia, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Beliau berkata melalui amalan itu, kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) yang meletakkan