
Berita
PEMILU 2024: KPU umum pengundian tambahan di 668 pusat pengundian
SURUHANJAYA Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sedang mengatur Pemilihan Umum (Pemilu) susulan atau pengundian tambahan di 668 pusat pengundian (TPS) di empat wilayah berikutan isu seperti banjir, kekurangan kertas undi dan kebimbangan keselamatan. Dalam sidang media pada Rabu malam, Pengerusi KPU Hasyim Asy’ari mengumumkan bahawa pengundian tambahan itu akan diadakan di Demak, Batam, Jayawijaya, Paniai