
Tiada pertuduhan berhubung siasatan tender perkhidmatan 1BestariNet – SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Menurut SPRM, keputusan dibuat berdasarkan dapatan siasatan SPRM yang dijalankan sejak September lalu, yang mendapati tiada unsur jenayah dalam