
KPM proaktif tingkat infrastruktur pendidikan
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif meningkatkan infrastruktur pendidikan bagi memastikan akses pendidikan yang berkualiti kepada semua murid. Menjunjung sembah titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyentuh beberapa perkara termasuk isu pendidikan dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15, kementerian berkata, pihaknya terus berusaha memastikan titah baginda dilaksanakan