
MCMC, KKD perkukuh kerjasama majukan ekonomi digital negara
KERJASAMA dan komitmen bersama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), terus diperkukuhkan dalam usaha memajukan ekonomi digital negara. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara tersebut merupakan antara intipati lawatan kerja Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa ke Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, hari ini.