
RM100 juta dana padanan galak inovasi kewangan Islam
KERAJAAN MADANI menyokong usaha dalam penerokaan inisiatif baharu bagi mengangkat sektor kewangan Islam ke tahap lebih adil berlandaskan maqasid syariah selain berupaya menyaingi produk konvensional. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejumlah RM100 juta dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak