
Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan
“Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang. Perdana Menteri, yang enggan melayan perkara berkenaan, hanya menitipkan nasihat tersebut sambil tersenyum, selepas selesai merasmikan program Wacana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Dagangan