Berita

PM akan pengerusi mesyuarat khas berkaitan JSSEZ minggu depan – Fahmi

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) pada 28 Februari ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara dasar mengenai penubuhan zon berkenaan, di samping menyelaras beberapa perkara berbangkit antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor bagi mempercepatkan proses